Currently reading The 7 Habits of Highly Effective People book. The 8th habits pun aku ada, tapi blom baca hehehe. Ni kes nak tuning balik efficiency and gitu-gitulah. I have new targets this year, last year punya dah achieved. Alhamdulillah. I’ll reveal it after the cecehan.

As a muslim, our real life is actually in the afterlife. Not here, not now. Dunia is temporary, Akhirat kekal forever. So these two common statements; We live for our afterlife/ we live for death. . kita biasa dgr.

Tu common statements. Yg ini soalan plak; Dah ready nak mati? Common answer: Belum. (ha tu Ali la tu yg tanya ok) Who doesn’t want another day/night of tahajud, sunat taubat, sedekah, iktikaf, rounds of mengaji, or fly ke Mekah? *tu contoh la ye*… Semua orang nak extra time before the actual ‘timeout’.. toot toot toot teetttttttttt… TAPI, we won’t get extra time, when the time comes. But we are surely be given the chance, before Izrail arrives. Bila ke chance tu? Everyday.

Takkan ade orang yg pernah rasa puas & cukup dengan amal ibadat. Atau pasrah je ngan apa2 yg dah dibuat. Orang yg sesat je rasa cukup. Ada kes ajaran sesat ‘tuan guru’ kata kalau maqam tinggi.. dah takyah smyg, puasa. tu contoh ajaran sesat ye. ada yg jual cert to syurga as well.  Banyak mende pelik2 skg. So be careful.

Back to ‘kasi angkut sekali’ topic; I’m going to name someone.. jengjengjeng..
Sabri. Dia angkut Dhuha tetiap hari. Saja je pakai word ‘angkut’.. bunyi cam senang nak bawak kan.. so sempoi skit. Ingat tak dlm lif dulu kita tegur dia.. woo cepatnya smyg zohor.. masa tu pukui 2.. dia kata nih dah kira lambat nih.. opss..  Kelas ko Maria! ehh Sabri.. Budak tu tak carik puji. Aku je yg up sini. For me, a friend inspires better than somebody unknown.

Tetiap hari dapat angkut Dhuha beb.. Ko Ade? *ayat fofuler fb* opss.. haaa jgn nak sambung dgn Ade-Aku-Kesah? *ayat fofuler fb gak* tetttt!!..

So kita tgklah, sempena awal tahun lg. mood nak berazamm baru tu kental lagi..  cekout2.. apa yang kita boleh buleh angkut sekali tiap2 hari, buat add-on yang wajib. “Order makan dok add on side dishes.. takkan wajib takmo add-on yg sunat” tu ayat ai perli diri ai yg kuat makan ye. Kalau nak tumpang terasa sekali ai takdpt nak halang. tu hak masing2.. heheheheeee..

Dalam mengangkut nak kena tgk juga.. jgn main angkut je. Value, Quality, Understanding and Effects kena ada. Kalau dok mengaji tapi bila bercakap mulut cam tadek insurans.. payoh juga. Buat malu mulut je. Ataupun dok Dhuha tapi dok kedek.. tu dah salah concept dah tu. Murah Rezeki bukan hanya pada menerima, tapi juga pada memberi.

Ai nak reveal ape memula tadi?.. hehehe.. I reveal to inspire, kalau reveal nak puji tu namanye mintak pahala dibako… kita bako je? ehh jgnnn..

hehehe ai dah hapal al-Mulk tp tajwid blom semak lg. Menghapal sambil target khatam 3x a year. Target tahun ni.. nak tambah hafazan.. yassin & seblom tido witir dulu. hehehe.. tatau la brapa lama kali ni.. al-mulk 30 ayat tu ponnn lomau aku nak menghapalnya. *aku takkan blame meggimi*. tu yg dok baca 7th habits tu.. konon nak setting jadual.

Sisters in UIA ade circle group beraktiviti menghafal bersama2. Aku dpt la kawan masa volunteer kat ToF ari tu.. pakai purdah, cantik budaknye. masa dok ngan pompuan2 je dia bukak la niqab.

Wardina (mentioned on her fb) dah hafaz al-Furqan ayat 63-77. Ayat doa & peringatan. We should do hafazan as our lifetime kokurikulum. If masa timeout tu.. malaikat updatekan status buku kanan ‘tgh hafaz al-quran’ kan ke best tu. InsyaAllah.. aminnnn.. kita cuba ye.. kita cuba.. kasi setting nawaitu.

faiza azamta fatawakkal allalah. Berazamlah untuk perkara yang baik, Dia akan permudahkan. Dapat khatam 3x & al-Mulk tu kira masuk dlm edisi doa termakbullah tu. Sweet. Alhamdulillah.

Hadis galakan mengerjakan ibadat sunat (source – Jakim):

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.

Huraian (full click here):

3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti:
i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah
ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).
iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.
4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya’ dan ujub yang membinasakan pahala.

buku sama ‘memory card’. tulis perkataan2 yg selalu sangkut..

Advertisement