Pabila ‘kenapa?’ menghimpit

Bismillahirahmanirrahim.

Sharing the ‘Power of Direct Consulation’.

Situasi 1: Berdepan dgn benda2 yang tak best.. yg kita tak favour.
Contoh: Dari cyber pindah menara.. kuikuikuii

albaqarah216

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Al-Baqarah: 216]


Situasi 2: Dah avoid sebaik mungkin, tapi jadi juga.
Contoh: Jaga makan, tapi still kena “by-pass”

yassin82

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. [Yassin: 82]


Situasi 3: Dah jaga solat. Kena ‘test’ juga?
Contoh: Masa pi sembahyang Jumaat, selipar kena curi.

ankabut2

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-Ankabut: 2]


Ayat hadiah.
Setiap ujian, ada hikmahnya. Celik mata hati.

luqman12
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Luqman: 12]

Semoga bermanfaat dan diingati.

Advertisements

Keberkatan solat Duha

Ust Muein kata: Fadhilat Solat sunat Dhuha nih umpama bersedekah dari pagi sampai terbenam matahari. Asas Dhuha adalah sedekah. ^__^

Arkib Berita Harian: 3 Januari 2013

Ibadat pada waktu pagi naikkan semangat bekerja, tanda bersyukur

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.

Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan.

Ternyata solat sunat Dhuha dilakukan pada awal pagi sebelum memulakan kerja dan bagi kebanyakan orang ia solat sunat sebelum bergerak untuk mencari rezeki. Jadi, banyak keberkatannya sebelum kita memulakan kerja, dimulakan dengan solat ini.

Biasanya kita akan memulakan hari dengan semangat tinggi dan membara untuk mencapai matlamat dalam pekerjaan atau pelajaran.

Jika pada saat itu kita mengingati Allah SWT, kemudian tunaikan solat Dhuha dengan hati yang tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT, Insya-Allah akan dilimpahkan pelbagai kurnia serta kasih sayang oleh Allah.

Memandangkan waktu Dhuha bersamaan dengan bermulanya pelbagai aktiviti harian, amat tepat jika solat sunat Dhuha dilihat satu cara melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT.

Ketika kebanyakan orang terlalu sibuk pada waktu pagi, secara tidak langsung solat sunat Dhuha akan mampu membangkitkan kesedaran perlunya memohon kepada Allah SWT dan meminta petunjuk-Nya supaya apa saja yang dilakukan berada pada jalan yang diredai. Jika seseorang pernah melakukan ibadat solat sunat Dhuha tentu akan merasai kesannya yang luar biasa. Meskipun baru sekali atau bahkan hanya sekali melakukannya dalam seumur hidup, tetap mendapat ganjaran.

Sekecil mana amalan yang kita lakukan, Allah SWT akan membalasnya. Begitu juga dengan solat Dhuha, walaupun kita pernah melakukannya sekali seumur hidup tetap mendapat hikmah yang besar daripada Allah SWT.

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.

Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)

Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.

Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

Sabar yang paling susah

Td kelas Ustat Muein.

Dia bagi soalan:

Sabar yang mana paling susah?
1. Sabar dalam menjalankan suruhanNya
2. Sabar menjauhi laranganNya
3. Sabar menghadapi musibah

*sound effect – “musibah-larangan-suruhan” berulang2 bergema dlm surau*

yes! korang mmg pandai. Jawapannya ialah yg no 1.

1. Sabar dalam menjalankan suruhanNya

Sample: Cukup sabarkah untuk solat tahajud konsisten di malam hari, atau sambung solat sunat & ngaji banyak2 lepas Isyak?

Mcm tulah contohnya. Kalau skru istiqamah tak kuat, mmg terbengkalai lesap.

Ramai orang akan tolong menyabarkan kita bila bab ditimpa musibah & menjauhi larangan. Ramai akan mengingatkan kita supaya sabar; jgn marah, jgn mengata, jgn pi disco, jgn sepak kucing etc etc.

Tapi bab amal ibadat; KITA kena sabarkan DIRI SENDIRI.

Tu satu point.

Point kedua. Tertusuk hatiku;- berat ilmu tanpa amal.

Aku mmg kkdg break/cuti join kelas/pi ceramah pasai point kedua tu. Berat. Mengenangkan ilmu yg masuk; tapi tak ‘kuar’. Ilmu masuk, faham, tapi tak buat.

Ustat Muein bagi sample. Ha.. yg ni mmg terpelanting ke btg idung iols. Direct, iols pun tak tepis. Fakta.

Sekarang ramai yg membaca al-Quran hinggakan bilangan al-Quran yang dicetak bertambah2 setiap tahun. Tu belum kira download apps lagi. Kat tablet aku je ade 3 Quranic apps. huhuhu..

Back to point berat ilmu tanpa amal. Katanya; skg banyak student tahfiz, pandai baca. Tapi tak faham. Tak tau pun kat mana wakaf & ibtida’. Dia kata baca al-Quran mmg senang. Iols agree becoz lepas iols abih kelas USIM ari tu; module khatam 3x setahun; 1x ramadhan, 1x lepas ramadhan, 1x sebelum ramadhan yg diikuti mmg achievable. Tapi tu la, bab baca (achievable), bab hafazan (doable), bab implement (men-cabar-able)

@_____@ *tepuk dahi, repair diri*

Iols bukan nak suruh tolak majlis ilmu, cuma kkdg iols rasa kena step backward kejap, pause kejap. Buat spotcheck. Solutionnya ada; Wasatiyyah. Bersederhanalah.

Untuk ketiga2 Sabar tu ada kuncinya

1. Sabar dalam menjalankan suruhanNya *Ikhlas lillahi ta’ala*
2. Sabar menjauhi laranganNya *Taat lillahi ta’ala*
3. Sabar menghadapi musibah *Redha lillahi ta’ala*

Lg 1 point: Mengeluh bukan sifat mukmin. Pasaipa? Kerana keluhan adalah gambaran tidak menerima takdir yang telah ditetapkan, walhal padanya terdapat pelbagai hikmah. Contoh; sakit. Setiap kesakitan menghapus dosa. Kan Janet kannn?

kasi angkut sekali

Currently reading The 7 Habits of Highly Effective People book. The 8th habits pun aku ada, tapi blom baca hehehe. Ni kes nak tuning balik efficiency and gitu-gitulah. I have new targets this year, last year punya dah achieved. Alhamdulillah. I’ll reveal it after the cecehan.

As a muslim, our real life is actually in the afterlife. Not here, not now. Dunia is temporary, Akhirat kekal forever. So these two common statements; We live for our afterlife/ we live for death. . kita biasa dgr.

Tu common statements. Yg ini soalan plak; Dah ready nak mati? Common answer: Belum. (ha tu Ali la tu yg tanya ok) Who doesn’t want another day/night of tahajud, sunat taubat, sedekah, iktikaf, rounds of mengaji, or fly ke Mekah? *tu contoh la ye*… Semua orang nak extra time before the actual ‘timeout’.. toot toot toot teetttttttttt… TAPI, we won’t get extra time, when the time comes. But we are surely be given the chance, before Izrail arrives. Bila ke chance tu? Everyday.

Takkan ade orang yg pernah rasa puas & cukup dengan amal ibadat. Atau pasrah je ngan apa2 yg dah dibuat. Orang yg sesat je rasa cukup. Ada kes ajaran sesat ‘tuan guru’ kata kalau maqam tinggi.. dah takyah smyg, puasa. tu contoh ajaran sesat ye. ada yg jual cert to syurga as well.  Banyak mende pelik2 skg. So be careful.

Back to ‘kasi angkut sekali’ topic; I’m going to name someone.. jengjengjeng..
Sabri. Dia angkut Dhuha tetiap hari. Saja je pakai word ‘angkut’.. bunyi cam senang nak bawak kan.. so sempoi skit. Ingat tak dlm lif dulu kita tegur dia.. woo cepatnya smyg zohor.. masa tu pukui 2.. dia kata nih dah kira lambat nih.. opss..  Kelas ko Maria! ehh Sabri.. Budak tu tak carik puji. Aku je yg up sini. For me, a friend inspires better than somebody unknown.

Tetiap hari dapat angkut Dhuha beb.. Ko Ade? *ayat fofuler fb* opss.. haaa jgn nak sambung dgn Ade-Aku-Kesah? *ayat fofuler fb gak* tetttt!!..

So kita tgklah, sempena awal tahun lg. mood nak berazamm baru tu kental lagi..  cekout2.. apa yang kita boleh buleh angkut sekali tiap2 hari, buat add-on yang wajib. “Order makan dok add on side dishes.. takkan wajib takmo add-on yg sunat” tu ayat ai perli diri ai yg kuat makan ye. Kalau nak tumpang terasa sekali ai takdpt nak halang. tu hak masing2.. heheheheeee..

Dalam mengangkut nak kena tgk juga.. jgn main angkut je. Value, Quality, Understanding and Effects kena ada. Kalau dok mengaji tapi bila bercakap mulut cam tadek insurans.. payoh juga. Buat malu mulut je. Ataupun dok Dhuha tapi dok kedek.. tu dah salah concept dah tu. Murah Rezeki bukan hanya pada menerima, tapi juga pada memberi.

Ai nak reveal ape memula tadi?.. hehehe.. I reveal to inspire, kalau reveal nak puji tu namanye mintak pahala dibako… kita bako je? ehh jgnnn..

hehehe ai dah hapal al-Mulk tp tajwid blom semak lg. Menghapal sambil target khatam 3x a year. Target tahun ni.. nak tambah hafazan.. yassin & seblom tido witir dulu. hehehe.. tatau la brapa lama kali ni.. al-mulk 30 ayat tu ponnn lomau aku nak menghapalnya. *aku takkan blame meggimi*. tu yg dok baca 7th habits tu.. konon nak setting jadual.

Sisters in UIA ade circle group beraktiviti menghafal bersama2. Aku dpt la kawan masa volunteer kat ToF ari tu.. pakai purdah, cantik budaknye. masa dok ngan pompuan2 je dia bukak la niqab.

Wardina (mentioned on her fb) dah hafaz al-Furqan ayat 63-77. Ayat doa & peringatan. We should do hafazan as our lifetime kokurikulum. If masa timeout tu.. malaikat updatekan status buku kanan ‘tgh hafaz al-quran’ kan ke best tu. InsyaAllah.. aminnnn.. kita cuba ye.. kita cuba.. kasi setting nawaitu.

faiza azamta fatawakkal allalah. Berazamlah untuk perkara yang baik, Dia akan permudahkan. Dapat khatam 3x & al-Mulk tu kira masuk dlm edisi doa termakbullah tu. Sweet. Alhamdulillah.

Hadis galakan mengerjakan ibadat sunat (source – Jakim):

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.

Huraian (full click here):

3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti:
i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah
ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).
iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.
4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya’ dan ujub yang membinasakan pahala.

buku sama ‘memory card’. tulis perkataan2 yg selalu sangkut..

pemandangan yg tenang

sgt amankan pemandangan ini.. – di shoot org seseorg yg tgh cemas pasai dah dommok. konon membawa diri pi berjogging utk mengawal lebihan kilo2.. 10 minit je aku lari semlm. masuk keter minum air, terus vroom2 pi mutiara sama mck.. makan nasik! lauk sup ayam! nyeheheh!!!

walopon tak lari lama, balik umah aku follow-up dgn aktiviti senamrobik. senja td sempat la layan 10 minit erobik (tgk cd  les mills bodyvive yg di distribute oleh kak nizan <- dia dpt free pasai beli kellok konfleks)

saya ingin menyeru agar anda menguruskan badan anda sebolom anda domok hingga lemak jd liat degil ketegaq batu huaaaaaaaaaaa…

Rilek rilek

status best for today.. fb mari

Menegur cara islam mestilah dgn cara yg berhikmah dan cara yg terbaik..Allah berfirman ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة “serulah kpd jln tuhanmu dgn cara berhikmah dan peringatan yg baik” jika dgn firaun pun Allah perintahkan nabi musa dan harun berdakwah dgn perkataan lembut, apatah lg dakwah sesama muslim. – Zhafran Zainuldin

so tapayah le jika ade kengkawan yg tersetsi lagi daring kita selamba2 rock sound, ko ni tak pakai tudung kang masuk api raka-raka*..

*api raka-raka ialah ayat Irdina anak kpd Anna che moin. Lagi satu ayat dia ialah.. “Nanti Allah Ta’ala bakar”.. dia baru masuk tadika tahun nih..

kita jgn la bagi ayat2 camtu sesama member2.. itu semua ayat sendiri mau ingat.. ngan kengkawan kita chill je. almaklumlah semer dah besar kan.. semer sedia maklum ngan hukum hakam etc.. dlm dok deal ngan kwn yg tgh huru hara lagi tertonggeng kehidupannya kita kena ingat bahawa rahmat Allah lebih luassss dari kemurkaanNya. So chill. Deal balik secara rilek santai lagi berhemah.

bukanlah nak suruh ignore kemungkaran seperti membiarkan seorg mudamudi berkurang akhlak dgn org yg lebih tua. yg tu if happen depan2 mata, kena la tegur. takkan ko nak biar budak lempang mak dia kan.. ko kena la tolong lempangkan balik kasi sedar. hehe.. terganas plak.. opss..

kalau kat opis tu ade yg tak smyg, ko nak tegur cam tak reti.. ko pakai la telekung lalu lalang depan dia.. heheeeheeee.. tu kira tegur berlapik pe.. atau pun ko put up la poster2 peringatan kat laptop2.. yg kecik tapi besar.. so nampak sama2..  takkan ko nak sound pakai ayat api raka-raka kan.. pape pun jgn risau, tanggungjwb meng-educate & menjaga diri ditanggung sdn bhd. dah besar lg tua bangka kan? hehehe..

lagi 2 status menarik di fb (yg ni dah lama.. dok teringat2)

si Maimun (budak YRestu) up status kat FB: “siapa taktau xtutup aurat adalah berdosa merupakan penipu”. hmm sangat hakikatlah ayat itu.

Dan tentang ‘Seru’an. aku xingat sapa up.. fedtri yahya kot.. interesting gak la bila dia kata Seruan itu sentiasa ada yakni Azan. So kalau org kata takde dpt seruan, tade peringatan.. cam tak berapa betui la kan? Azan 5x sehari de..