Pabila ‘kenapa?’ menghimpit

Bismillahirahmanirrahim.

Sharing the ‘Power of Direct Consulation’.

Situasi 1: Berdepan dgn benda2 yang tak best.. yg kita tak favour.
Contoh: Dari cyber pindah menara.. kuikuikuii

albaqarah216

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Al-Baqarah: 216]


Situasi 2: Dah avoid sebaik mungkin, tapi jadi juga.
Contoh: Jaga makan, tapi still kena “by-pass”

yassin82

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. [Yassin: 82]


Situasi 3: Dah jaga solat. Kena ‘test’ juga?
Contoh: Masa pi sembahyang Jumaat, selipar kena curi.

ankabut2

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-Ankabut: 2]


Ayat hadiah.
Setiap ujian, ada hikmahnya. Celik mata hati.

luqman12
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Luqman: 12]

Semoga bermanfaat dan diingati.

Advertisements

Saat di uji, Tuhan merahmati

Genap seminggu perginya anak bongsu Ita, ibu, adik dan maidnya.Baru dapat visit dia kat SDMC tghari tadi.

Allahuakbar. Cekalnya dia menyabarkan diri.

Nik (husbandnya) masih di ICU. Masih separa sedar. Demam dan terbatuk2. Given sedatif utk distabilkan. Masih belum nak disedarkan sepenuhnya. Risau ‘tarik’ bila painkiller habis dan trauma.

Eryna (eldest daughter) dah di wad kanak-kanak biasa. Ita kata hari ni Eryna dah senyum2. 2 days ago dia taknak bercakap.

Masa otw ke wad Eryna, Ita ckp.. “Aku dah mintak tukar bilik. Aku tak tahan duduk wad bebudak”.

Paham. Mencabar duduk di wad kanak2, dia teringat2 kat arwah Emily.
Pagi tadi Eryna dah tanya2 pasai adik dia. Allah. Semoga ditenangkan & dipermudahkan penerimaan olehNya.

Duniawi je tu

lepas nih sapa2 kuar ayat camtu.. korang pandang balik kat dia.. dan jwblah: “lepas ni ko takyah makan. duniawi je tu..”

mesti pastu dia akan terkeseng2 dan cari ayat cover.. percayalah! hehehe..

dah mmg duduk kat dunia. pusing kiri kanan depan belakang pun duniawi juga. kalau ko tutup mata dan meraba2 dlm kegelapan, dinding yg ko touch-touch tu sah2 barang duniawi..

selagi ko tak tinggalkan dunia nih selagi tu ko kena hadap. mmg duniawi to be in dilema nak memilih makan antara bihun sup atau nasi lemak; keli goreng atau patin tempoyak, tu belum lagi nak pilih dressings utk subway.

hahaha.. nak buat macam mana. we are in it. takyah nak sebut2 duniawi2 tu..
lainlah kalau dok kat kayangan *bole la jadi sample*.. baru lah bole kuar ayat: apa?? funfair?? oh. perkara itu sgt duniawi sekali… ekceli patut bumiwi.. tapi cam klaka plak… gegege..

Dunia diciptakan untuk manusia,
Manusia diciptakan untuk akhirat.

So pandai2lah layan dunia sepatut2nya. Jaga dua-dua. Dunia jaga, Akhirat pun jaga jugaa..

Salam Maal Hijrah.

kasi angkut sekali

Currently reading The 7 Habits of Highly Effective People book. The 8th habits pun aku ada, tapi blom baca hehehe. Ni kes nak tuning balik efficiency and gitu-gitulah. I have new targets this year, last year punya dah achieved. Alhamdulillah. I’ll reveal it after the cecehan.

As a muslim, our real life is actually in the afterlife. Not here, not now. Dunia is temporary, Akhirat kekal forever. So these two common statements; We live for our afterlife/ we live for death. . kita biasa dgr.

Tu common statements. Yg ini soalan plak; Dah ready nak mati? Common answer: Belum. (ha tu Ali la tu yg tanya ok) Who doesn’t want another day/night of tahajud, sunat taubat, sedekah, iktikaf, rounds of mengaji, or fly ke Mekah? *tu contoh la ye*… Semua orang nak extra time before the actual ‘timeout’.. toot toot toot teetttttttttt… TAPI, we won’t get extra time, when the time comes. But we are surely be given the chance, before Izrail arrives. Bila ke chance tu? Everyday.

Takkan ade orang yg pernah rasa puas & cukup dengan amal ibadat. Atau pasrah je ngan apa2 yg dah dibuat. Orang yg sesat je rasa cukup. Ada kes ajaran sesat ‘tuan guru’ kata kalau maqam tinggi.. dah takyah smyg, puasa. tu contoh ajaran sesat ye. ada yg jual cert to syurga as well.  Banyak mende pelik2 skg. So be careful.

Back to ‘kasi angkut sekali’ topic; I’m going to name someone.. jengjengjeng..
Sabri. Dia angkut Dhuha tetiap hari. Saja je pakai word ‘angkut’.. bunyi cam senang nak bawak kan.. so sempoi skit. Ingat tak dlm lif dulu kita tegur dia.. woo cepatnya smyg zohor.. masa tu pukui 2.. dia kata nih dah kira lambat nih.. opss..  Kelas ko Maria! ehh Sabri.. Budak tu tak carik puji. Aku je yg up sini. For me, a friend inspires better than somebody unknown.

Tetiap hari dapat angkut Dhuha beb.. Ko Ade? *ayat fofuler fb* opss.. haaa jgn nak sambung dgn Ade-Aku-Kesah? *ayat fofuler fb gak* tetttt!!..

So kita tgklah, sempena awal tahun lg. mood nak berazamm baru tu kental lagi..  cekout2.. apa yang kita boleh buleh angkut sekali tiap2 hari, buat add-on yang wajib. “Order makan dok add on side dishes.. takkan wajib takmo add-on yg sunat” tu ayat ai perli diri ai yg kuat makan ye. Kalau nak tumpang terasa sekali ai takdpt nak halang. tu hak masing2.. heheheheeee..

Dalam mengangkut nak kena tgk juga.. jgn main angkut je. Value, Quality, Understanding and Effects kena ada. Kalau dok mengaji tapi bila bercakap mulut cam tadek insurans.. payoh juga. Buat malu mulut je. Ataupun dok Dhuha tapi dok kedek.. tu dah salah concept dah tu. Murah Rezeki bukan hanya pada menerima, tapi juga pada memberi.

Ai nak reveal ape memula tadi?.. hehehe.. I reveal to inspire, kalau reveal nak puji tu namanye mintak pahala dibako… kita bako je? ehh jgnnn..

hehehe ai dah hapal al-Mulk tp tajwid blom semak lg. Menghapal sambil target khatam 3x a year. Target tahun ni.. nak tambah hafazan.. yassin & seblom tido witir dulu. hehehe.. tatau la brapa lama kali ni.. al-mulk 30 ayat tu ponnn lomau aku nak menghapalnya. *aku takkan blame meggimi*. tu yg dok baca 7th habits tu.. konon nak setting jadual.

Sisters in UIA ade circle group beraktiviti menghafal bersama2. Aku dpt la kawan masa volunteer kat ToF ari tu.. pakai purdah, cantik budaknye. masa dok ngan pompuan2 je dia bukak la niqab.

Wardina (mentioned on her fb) dah hafaz al-Furqan ayat 63-77. Ayat doa & peringatan. We should do hafazan as our lifetime kokurikulum. If masa timeout tu.. malaikat updatekan status buku kanan ‘tgh hafaz al-quran’ kan ke best tu. InsyaAllah.. aminnnn.. kita cuba ye.. kita cuba.. kasi setting nawaitu.

faiza azamta fatawakkal allalah. Berazamlah untuk perkara yang baik, Dia akan permudahkan. Dapat khatam 3x & al-Mulk tu kira masuk dlm edisi doa termakbullah tu. Sweet. Alhamdulillah.

Hadis galakan mengerjakan ibadat sunat (source – Jakim):

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.

Huraian (full click here):

3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti:
i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah
ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).
iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.
4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya’ dan ujub yang membinasakan pahala.

buku sama ‘memory card’. tulis perkataan2 yg selalu sangkut..

change 1 thing

“after this, u go back and change 1 thing…” pesanan one of ToF speaker yg aku tak ingat siapa, Yahya Ibrahim kot..

1 thing.. *atleast*

td pi pyramid, masuk dorothy perkins – kuar. masuk Elle – kuar, masuk MNG – kuar, Topshop – kuar. with nothing. biasa aku masuk kedai2 tu mesti ade je mende follow balik. gegegege..

tapi aku ngaku la that around last week n seblom tu aku ada beli 8 helai baju, 2 helai seluar n 2 kasut baru.

yg stok aku baru beli tu adalah:
– 7 blouse labuh; diskaun 70%.. 1 baju rm23.80 hehehe..
– 1 extra-long cardigan – rm35 (kat fb budak jual rm50)
– 2 seluar panjang longgar (replacement kain dalam) – kat booth expo siam hehehe
– 2 kasut flat yg tapak rubber tak bunyi bising memekak (beli kat bata)

td meround kat pyramid mmg terasa light & easy la.. tgh dok tuning ‘change’ yg ku pilih. tukar apa ya? tukar the perspective of hijab. merepair dress code..

sebagai seorg makhluk yg SUKA-BELI-BAJU-SAMPAI-GOBOK-RUNTUH.. the selected change somehow surprisingly hagak mudah diimplement. td aku bwk rm300 ok pi pyramid.. aku spent around rm50 for food n groceries je. sebenonye td sampai2 situ, aku doa tolak bala sesiap la. heheheeeeeeee… terkabul jua.. alhamdulillaaaahhh..

ni note masa tof ari tu.. *mende ni pun nak note*.. rasanya dah lama tau, dok buat tatau ye dok? hanyut menjadi mangsa consumerism n fesyen.. heheeee..

Whatever yang flaunts, flamboyant, screaming for attention.. tu bukan hijab. Hijab supposed to hide, cover and protect u. And it means;
1. Loose garments (beli baju longgar extra size otopon kuruskan bdn)
2. Tudung/baju labuh
3. Dark or pastel colours
4. Minimal perfume (pakai calit2 macam pakai minyak kapak je, siyes selamat duit aku da takyah beli burberry the beat botol besar, beli yg miniature sudaaaa..)
5. Kasut yang tidak bising ktak ktuk ktak ktuk (kalau nak kasut tinggi.. beli yg wedges)
6. Tak overly mewah (hehehe buy for quality ok kot)
7. No need for excessive unnecessary accessories (aku dah stack bangles aku jd tmpt letak sikat)
8. No make-up (aku rasa korang takkan nmpk lg aku mekap mata cam avril lavigne heeheee)
9. No gelang berloceng. UZAR said: “Loceng bagi pakai kat kucing” hehehe
10. pakai stokin

tu some of it lah.. itu la dia change yg sedang diusahakan.. heeheeeeeeee..

kat tof ada motivational poem:

“Walking with the black veil, talking with the low voice, she got no smell, ….her beauty is amazing, but she doesn’t want it public …she wears flats, cos the heels bring attention, she must be the one my book used to mention, she doesn’t wear make-up, her face is clear, and her eye brows have not been frayed for a year, she got a head full of knowledge, and her heart is full of flair, eyes full of love, and hands full of care … loose garments, that what she like to wear” – Muslim Belal

sweet lg touching seh!

ha ni lagi 1 artikel yg best utk dibaca – Taking off the Hijab

oklah.. selamat bukak kalendar 2012!

ditebak rasa miskin

Tatkala duit bergulung2, syilling berpeket2, unit trust dan kijang melonjak2, berkereta 2 dan berhandbag yg macam2.. ditambah plak multiple source of income.. anda heran saya buleh rasa miskin?

yeh! pasai masa tu terkedu dgr budak skolah kata nak khatam al-Quran pada bulan puasa.

Itu cerita tahun lepas…

Bukan nak kata tahun ni dah ‘kaya-raya’ tapi slowly mentarbiah diri utk sentiasa ingat tentang makna kekayaan yang hakiki. Bekalan untuk ‘masa depan’, yang padanya tiada mati dan hanya ada 2 destinasi.

Skg ni makna kaya for me? Kaya Amal, Kaya jiwa. Kalau tak kaya jiwa, alamat foreverlah miskin.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Al-Quran adalah ‘masa depan’ setiap muslim. Masa depan akhirat. Jadi, ‘jahil’ jika mengatakan- budak2 belajar agama/Quran ni tak ada masa depan… via Fedtri Yahya tv3


Selamat meraikan Nuzul Al-Quran. 🙂

di antara langit dan bumi

aku yang kat bawah tanah, kalau ikut sukatan building; of course level2 basement.. tah ke B1 ke B2 ke B3 ke.. Tuhan saja yang tahu..

itu lah td, masa kelas talaqqi. hehehee..

aku mmg dah tak ingat dah hukum hakam tajwid. yg aku ingat iqlab, peh tu kalau sabdu kena tekankan skit baca, peh tu nun sakinah semer aku baca langgar lari abih semer aku dengung. !!!. sekali tadi ustazah ngaji dah tulis2 mad mutawasil, mad jaiz, ihfak hakiki.. hehehee rasa cam nak wave white flag je.. mintak CHOPPP CHOOPPPP..

tu satu bab..

lg satu bab – makhraj huruf; dok kantoi huruf kaf. aku dok pi sebut kop.. kop.. ngan dho.. tak cukup DHO!

lagi satu bab – perasan! <- yg ni tadek lam sukatan pelajaran..

dgn yakinnya nak ngaji ayat 2 baris satu nafas. haru kan? ekekekekkekee… masa aku melangsungkan cita-cita tinggi aku tu; ustazah yg chop2kan aku.. wopp2 berenti dulu, baca pendek2.. ^_^

cool woo kelas aku tu. aku la yg paling !!! sekali. (jgn lupa part aku level basement tu ye) almaklumlah berbekalkan perangai baragas dok terkikikikik sindri masa module Qiraat, ustaz tulis note pakai jawi.. aku baru nak surrender lantas pi pusing mengadap member sekelas ingat nak ajak kikikiki sama2 (pasai aku dah kantoi lama tak tulis jawi) namun niatku terbantut kerana mereka tulis jawi ya cantik2.. maka pusing la balik aku ngadap white board dan salin tulis jawi dgn tulisan ku yang buruk ya amat. T_T. peh tu aku terkesima tgk ustaz buat chart Qiraat ngan baris Perawi. Uiyo! saya takpernah tau…. saya tau ade 7 Qiraat, saya tatau ade 14 perawi dan ade perantara.

batch nih ade 13 students. yg lelaki ade 9 orang. mcm2 background. pakcik2 ade 4 org, sorang je remaja. lelain range 30-40yrs.

4 org je student perempuan. sorang ustazah, sorang lecturer, sorang lg aku tatau keje ape; tapi dia hafal tajwid terrer semcm je.. aku? well.. u know me..

yg keje ustazah tu; dia dulu student kusza. memula kami kena baca al-fatihah, dia sorang je baca abih perfect betul. ustaz kata lidah arab nih.. umur br 26. dok mai kelas abah dia hantar. kuar rumah awal. kol 4 pagi.. almaklumlah JB tu kan jauh dari Nilai.. mesti la kena kuar awal.. huhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuuhhuhuhhuhuh.. ~ talks about unconditional love & effort ~

tabik spring seh aku ngan dia.

time aku fuyoh2 kagumness ngan dia; pendek je dia cakap: Lillahi Taala..

aku rasa aku nak kena turun B6 lah..

turun B6 kejap je. kena naik balik. jangan mandom lama2. dibuatnya dtg bisikan2 putus asa tak ke naya.. naik pun takde la melonjak2 tak tentu pasal. turun naik tu kena jaga. be careful. kalau putus asa tak jadi2 buat donut tu takpe, tapi kalau putus asa bab ngaji tu namanya menganiaya diri sendiri.

mmg.. bukan senang nak ingat tajwid, cikgu pun ckp bukan senang nak buang lidah jawa nak ngaji ikut lidah arab. dia kata student taranum pun blom tentu tajwid betul. TAPI; jangan dipermudahkan dan dilewakan pembetulan, mmg akan makan masa nak betulkan, nak ingat tajwid dan implement dalam bacaan; tapi jangan berhenti usaha membaiki.. slow slow.. tp jgn berenti.

mak aku tanye.. masuk tahfiz ke? aku terkeduz. skg nih nak hafal 3 ayat pun payah.. hehehee. tak daya nak hafal al-quran, tapi cita2 ade la nak hapal ayat2 doa; amik sesikit lam al-mathurat.

jangan pernah give-up. kalau give-up yg ini; amat2222222222 bahaya.. jgn pasal tak ingat tajwid; terus taknak ngaji. baca slow2. baca terjemahan. dengar bacaan. ada banyak cara mendekati al-quran. goodluck u’alls & goodluck to me too. Lillahi Taala. ^_^