Doa & Info

Jemput ke blog saya http://rahmatquran.blogspot.com (quranic content saya up kat blog RQ)

Ya Allah. Perbaikilah untukku agamaku yang menjadi pemelihara bagi urusanku dan perbaikilah duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanyalah tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupanku merupakan tambahan bagiku terhadap segala rupa kebajikan dan jadikanlah kematian waktu istirehat daripada segala kejahatan. Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, perkenankanlah doa kami ini.

—–

Wahai Tuhan. Jadikanlah kami semua ini golongan yang mencintai al-Quran dan membacanya demi kemuliaan-Mu. Ya Allah. Jadikanlah al-Quran itu imam, cahaya, hidayah dan rahmat bagi kami.

Wahai Tuhan. Terangilah hati kami dengan cahaya membaca al-Qur’an itu, hiasilah akhlak kami dengan al-Quran, perelokkan amalan kami dengan al-Quran, selamatkanlah kami dari api neraka dengan syafaat al-Quran dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan al-Quran.

** Taken from an article by Ustaz Ahmad Lutfi Abd Wahab/Anis Jun ’10

1 juzuk is around 20+ pages (depends on layout). kalau nak dapat 1 juzuk seminggu, bacalah sehari 4-5 pages.
inilah kitab bacaan yang menyinari dunia akhirat. masa ramadhan lepas, budak sekolah rendah (lam tv) ckp lg sikit nak khatam.. hmmm…

—–

“Hasbi-allahu la illa-ha-illa hu, alaihi tawakal-tu, wa-hu-wa rabbul arsyil’ adzim”
x7 pagi, x7 ptg
Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya jua aku berserah dan Dialah yang memelihara Arasy yang besar – (At-Taubah:129)

———————————–

Bacaan Surah-surah pilihan:
As-Sajadah – pagi jumaat (after subuh)
Al-Mulk’ – lepas maghrib/isyak (solat mlm) pendek je yg nih. 30 ayat, lam 10+ minit.
Yassin – anytime. biasanye lepas maghrib mlm jumaat. kalau nak cari brg ilang, bacalah yassin

—————————–
BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

———————————————————-
dari seorg kawan,  utk dishare dgn kawan2 yg lain:

Slow & Steady cubalah adapt sehingga menjd rutin. ini antara saranan iringan fardhu:

1. solat awal waktu, andai terlewat; panjangkan waktu ibadah
2. rawatib subuh & mengaji 1 page
3. al-mathurat selepas zohor & asar (sekurang2nya ayat kursi)
4. surah2 pilihan selepas maghrib (yassin/al-mulk/as-sajadah)
5. mengaji al-quran 3-4 pages after isya’
6. puasa sunat
7. wakaf setahun 2 kali
8. solat sunat pada mlm jumaat
9. khatam setahun sekali
10. memperbaiki adab & urusan2 sesama keluarga dan kawan2

Semoga badan ini diringankan dan hati ini ditenangkan, untuk dan semasa melakukan amal ibadah. Amin.

———————————————————————

tips bermujahadah

1. kena ingat mulakan mujahadah ini untuk peringkat peribadi. perbetulkan diri, insyaAllah anda akan berjaya berdakwah melalui akhlak 🙂

2. jgn terlalu drastik. kena ikut kemampuan. slow and steady. istiqamah (konsisten) itu penting.

3. pilih dan implementkan perkara2 yg ringan (bukan meringan2kan) tapi yg mudah utk permulaan. bayangkan perkara2 kebaikan yg mampu kawan2 kita buat. kalau dia boleh buat, mesti lah kita pun boleh buat. dan itu bermakna mudah utk orang lain ikut 🙂

4. create environment yg supportive. kurangkan pasang lagu2 hiburan, lebihkan pasang selawat, nasyid, bacaan al-quran di rumah, di tempat kerja, while driving.

5. jangan mengasingkan diri dari kawan2 (yang elok peribadinya.. yg biasa2). yg harus dijauhi ialah sekiranya mereka terlalu ‘sukar dihandle’, tidak supportive atau ahli maksiat. itu barulah disarankan utk dijauhi ketika anda bermujahadah. tapi janganlah sampai putus kawan dan mencela2. kena ingat niat memperbaiki diri dan berdakwah thru akhlak. kalau hendak menegur pilih pendekatan yg baik.

6. banyak2 bersabar. jihad bukan perkara yang mudah. banyak perkara2 mencabar. bukan setakat cabaran luar. diri sendiri pun mencabar juga. kita ada sifat malas, pemarah dan berlengah2 yang perlu ditangani.

7. perelokkanlah yg fardhu dan syariat2 utama. mulakan dengan memperbaiki solat dan perkara2 yg berkaitan dgnnya – penjagaan waktu, aurat, wudhuk, bacaan2 dalam solat.  selepas solat, kita tgk rukun2 islam yg lain seperti zakat, puasa dan haji. semak semula apa2 yg mungkin perlu diqada’kan. mulakan perancangan untuk haji dari segi simpanan dan pendaftaran. barulah masuk bab ibadah sunat; membanyakkan sedekah, mengaji, solat sunat etc.

8. perbaiki hubungan dengan ahli keluarga, jiran2 dan rakan2. ingat ye. ibadah perlu diiringi adab yg baik.

9. pagar diri dari sifat takabur. mmg susah. alim ulama dihimpit takabur ilmu. orang kaya takabur harta. ingat diri ini hambaNya, yang bergantung kepada taufik dan hidayahNya. ingat bahawa setiap orang itu berlainan jumlah pintu amal dan pintu dosanya. bayangkan kita memikul 3 gunung dosa, sebukit pahala. so busykan diri sendiri beramal utk menghapus gunung2 tersebut dan meninggikan bukit pahala sampai jadi gunung. berdoa agar hati dipelihara dan dikurniakan sifat tawaduk. Amin.

10. berlapang dada, fikiran positif. la tahzan. Panjangkan doa mohon kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. fahami dan sentiasa ingat maksud doa. lazimkan lafaz hauqalah dan hasybiAllah.

———–

Solat awal waktu itu.. nikmat
Solat lewat kerana sibuk berurusan itu.. dugaan
Solat lewat diwaktu lapang itu.. merugikan
Solat diabaikan, ditinggalkan itu.. zalim

Jagalah solat sekiranya anda ingin jadi orang yg berjaya dunia akhirat. ^_^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s