Iqra’

Junjunglah kitab warisan; pedoman dunia dan pemberi syafaat akhirat. Mari membudayakan al-quran.

Jemput ke blog saya http://rahmatquran.blogspot.com (quranic content saya up kat blog RQ)

Fakta al-quran
Ada 114 surah, 30 juzuk, 6326 ayat. Turun dalam masa 23 tahun. Susunan bermula dengan surah al-Fatihah (ummul kitab) dan berakhir dgn an-Nas

Doa ringkas membaca al-quran
Ya Allah, jadikan al-quran ini imam, cahaya, hidayah dan rahmat bagi kami. Perbaiki akhlak ku dengan al-quran, masukkan ku ke dalam syurgaMu dengan al-quran dan kurniakan syafaat al-quran sebagai penyelamatku di akhirat. Amin.

Masa yang diutamakan membaca al-quran
1. Pada waktu tengah malam sehingga fajar
2. Antara maghrib dan isyak
3. Sesudah solat subuh

Kelebihan membaca al-quran (Sumber buku: Indahnya hidup bersyariat):
1. ibadah yg paling utama dari segi bacaan
2. pahala membaca satu huruf daripada al-quran: menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali
3.  balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4. Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat
6. pada hari kiamat, al-quran menjadi pembela
7. pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin
10. membaca al-quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka
11. mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
12. membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat
13. jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu
14. pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat
15. seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-quran
16. mempelajari satu ayat al-quran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat
17. mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup
18. mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti
19. pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s